Tuesday, 27 December 2011

Penulisan Dakwah : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UMAT ISLAM


Bismillahirahmanirahim dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang , selawat ke atas junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W , salam kepada keluarga baginda , para sahabat-sahabat baginda , para tabiin-tabiin dan alim ulama' serta kepada para da'i serta sahabat-sahabat seperjuangan.


“Dan (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. ”mereka berkata : "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) dibumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."         - (Al-Baqarah : 30)

"setiap kamu adalah pemimpin , dan kamu akan ditanya tentang apa yang kamu pimpin".. untuk apakah manusia dilahirkan dimuka bumi ini.. tahukah wahai sahabat-sahabat?? Allah menjadikan setiap manusia atas sebab dan dasar yang munasabah. Mana mungkin kita dicipta dengan sia-sia. Namun berapa ramai yang menyedari akan tugas dan tanggungjawab mereka dicipta oleh Allah??? Sedar tidak sedar , alpa dengan nikmat hidup yang sebenar dan manusia semakin hanyut dalam arus yang deras dan semakin lupa akan nikmat Allah yang sangat Hebat.. iaitu ISLAM.

Kedatangan Islam telah membawa banyak perubahan kepada alam. Dahulunya wanita itu dianggap sebagai symbol seks , hanya dibunuh dan dipandang hina di dalam masyarakat yang jahil dan dijadikan bahan peragaan , tetapi kewujudan islam telah meletakkan wanita pada tempatnya dan darjahnya mengikut ajaran Islam. Tarbiyyah yang dijalankan oleh Rasulullah S.A.W kepada para pejuang islam jelas sekali membawa banyak kebaikan. Sudah menjadi tanggungjawab baginda untuk menyebarkan islam dan menyampaikannya.

"orang-orang yang menyampaikan risalah Allah serta mereka takut melanggar perintahNya dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala apa yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka)"  - (Al-Ahzab : 39)

Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini dan setiap dari mereka Allah ciptakan dengan tugas dan tanggungjawab sebagai Hamba Allah. (kalo nk tulis secara detail panjang sangat pulak J). Ana kongsikan kepada sahabat-sahabat. Semoga sahabat-sahabat faham dan dapat menyampaikannya. =)


Tanggungjawab manusia dicipta adalah :


Ø  Tanggungjawab manusia adalah menyembah Allah serta beribadat kepadaNya.

"dan (ingatlah) tidak Aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepadaKu" - (Az-Zariat : 56)



Ø  Seterusnya tanggungjawab manusia adalah bagi menjalani hidup mengikut Manhaj Rabbani. Manhaj Rabbani adalah cara hidup seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Ianya juga dikenali sebagai Ad-Deen. Kehidupan mengikut manhaj rabbani adalah sebuah kehidupan yang tidak dicampurkan dengan kebatilan.

Barang siapa yang mencari selain daripada agama Islam , Maka tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi ” – (Ali-Imran : 85)



Ø  Dan tanggungjawab kita dicipta untuk memberikan wala’(taat) dan thiqah(percaya) kepada Allah S.W.T dan RasulNya serta orang-orang Mukmin. Kerana orang-orang mukminlah saudara serta sahabat yang akan membantu kita di dalam kesusahan selain Allah dan RasulNya.

Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah , RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat , dan mereka tunduk (kepada Allah)” - (Al-Maidah : 55)


Tanggungjawab dan tugas adalah perkara yang berbeza. Ramai orang menyangka Tanggungjawab dan tugas adalah benda yang sama sedang ianya berbeza sama sekali. Tanggungjawab adalah “kerja yang harus kita lakukan” manakala tugas adalah “misi yang perlu kita laksanakan”.

Tugas umat Islam adalah :

Ø  menegakkan Syariat Allah di bumi Allah S.W.T ini.

Ø Selain itu kita haruslah berdakwah mengeluarkan umat manusia daripada penyembahan taghrut kepada penyembahan kepada Allah S.W.T.

Ø  Kita harus mengeluarkan umat Islam dari kesempitan hidup kepada keluasan hidup serta membebaskan mereka daripada kekejaman kafir kepada keadilan Islam.

Namun wahai sahabat-sahabat apakah cara bagi kita dapat melaksanakan tugas yang diberi oleh Allah ini??. Kita mampu melaksanakan tugas ini melalui 5 perkara asas yang perlu ditekankan dalam sebuah gerakan.


1.    Keteguhan Iman

Keteguhan Iman yang tidak goyah dan rapuh dalam berjihad di jalan Allah. Jika iman kita kuat maka kita rela menyerahkan segala harta dan jiwa kita berjihad di jalan Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang yang beriman  kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah , mereka itulah orang-orang yang benar ” - (Al-Hujurat : 15)


2.    Keikhlasan Dengan Berniatkan Allah

Keikhlas dengan berniatkan Allah sangat penting kerana setiap gerak kerja hanya kerana Allah. Maka kerja akan menjadi amal. Keihklasan ini tidak mengenal erti berpura-pura mahupun menunjuk-nunjuk.

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama yang lurus , dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat ; dan yang demikian itulah agama yang lurus ” - (Al-Bayyinah : 5)


3.    Keazaman Yang Teguh

Seorang Da’i tidak seharus berasa takut dalam menyebarkan dakwah. Dengan azam yang kuat maka seorang da’i dapat menempuh apa sahaja mehnah dan tribulasi yang dihadapinya. Mereka tidak ragu-ragu dalam menyebarkan Islam kerana mereka percaya Allah sentiasa bersama mereka.

Orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah  Allah , mereka hanya takut kepadaNya dan mereka tidak merasa takut kepada seorang (pun) selain daripada Allah , dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan” - (Al-Ahzab : 39)


4.    Amalan / Gerak Kerja Yang Berterusan

Amalan gerak kerja ini tidak seharusnya berhenti separuh jalan. Jika gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Jadi bagi memastikan kesempurnaan gerak kerja kita tidak seharusnya mengenal erti putus asa dan lemah mahupun lesu tidak bermaya. Istiqomah dengan amalan dan yakin dengan janji Allah.

Dan katakanlah : Bekerjalah kamu , maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata , lalu diberitahuNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan “ - (At-Taubah : 105)


5.    Pengorbanan Yang Tinggi

Apa yang dimaksudkan dengan pengorbanan yang tinggi adalah sanggup berjuang dan berjihad di jalan Allah. Seorang pejuang Islam hanya mempunyai 2 pilihan sahaja iaitu “Kemenangan” ataupun “Mati Syahid”. Mereka tidak ada pilihan untuk “menyerah kalah”. Itulah jihad dan pengorbanan demi Islam. “ Allahuakbar” =D

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke dalam syurga , padahal belum datang kepada kamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan , serta digoncang (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : “bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah , sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat “ - (Al-Baqarah : 214)

Wahai sahabat-sahabat sesungguhnya kemenangan tidak dapat dikecapi tanpa pengorbanan. Pemuda-pemudi yang berjuang di jalan Allah ketika usia mereka muda maka Allah menaikkan darjatnya. Mereka itu orang yang dekat dengan Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W
“sesungguhnya Islam itu datang dengan asing (dagang) , dan ia akan kembali asing”

Pada zaman Rasulullah S.A.W membawa Islam orang-orang kafir merasa Islam ini hanya agama rekaan Baginda S.A.W , oleh itu ianya asing kepada mereka kerana mereka tidak mengenal Islam dan Islam akan kembali asing kepada orang islam , kini Islam itu kelihatan pelik  dan asing. Apa yang dimakudkan melalui hadis Nabi S.A.W ini “dan ia akan kembali asing” seolah-olah merujuk pada zaman ini. Jadi wahai sahabat-sahabat marilah bersama-sama kita membawa islam kembali dan menegakkan syariat Allah.

Semoga Allah bersama-sama kita di dalam perjuangan.. Takbir !!! ALLAHUAKBAR… =)



Hasmin Al-Amin
(Selasa , 27 Disember 2011 , 6:17 PM)

Tuesday, 13 December 2011

Penulisan Dakwah : Andai Sahabatmu Futur dalam Perjuangan Ini


ANDAINYA  SAHABATMU  FUTUR (TERCICIR)  DALAM  PERJUANGAN  INI 

Sahabat… apakah sahabat?? Adakah antum semua benar-benar mengerti apakah itu sahabat??... Ana teringat , ana pernah diajukan soalan “antara sahabat dengan amanah… yang manakah lebih penting??”.. Ana bingung dan “confuse ” untuk menjawabnya.. Soalan itu lalu ana tanya kepada moderator.. ana masih ingat jawapannya ringkas “sahabat itu adalah amanah” lalu diulang lagi dengan lebih jelas dan lantang “SAHABATMU  itu  adalah AMANAHMU”..

Sahabat adalah orang yang paling rapat dengan kita , berbeza dengan rakan atau kawan.. Sahabat lahir daripada ukhwahfillah atas nama Allah. Namun apa pula ukhwah?? Tahukah sahabat-sahabat semua?? Kita setiap hari menyebut “ukhwah” , ‘ukhwah” , “ukhwah”.. namun adakah kita benar-benar faham apa itu ukhwah??


Sabda Rasulullah S.A.W
“Tidak beriman seseorang dari kamu kecuali dia kasih kepada saudaranya seperti mana dia kasih kepada dirinya sendiri” – (H.R Bukhari dan Muslim)

Ukhwah.. ukhwah adalah persaudaraan atau kasih sayang yang merupakan pemberian atau kurniaan daripada Allah S.W.T.. Hati-hati ini lahir berlandaskan keimanan kepada Allah S.W.T.


Hari ini kita melihat sahabat sebagai teman kita bergembira.. namun apakah itu benar-benar erti persahabatan?? Sedang persahabatan itu lebih indah dan suci jika sahabat-sahabat benar-benar faham apa itu persahabatan.. adakah dengan hanya menyuap makanan ke mulut sahabat sudah cukup untuk melambangkan kita sudah bersahabat dan berukhwah?? Adakah dengan membantu memberi duit kepada sahabat sudah memperlihatkan kehebatan ukhwah kita.. Sedang erti persahabatan itu lebih dari itu.. lebih dari harta yang ada pada antum..


Kita selalu ingin semuanya indah dalam perjuangan ini.. Tapi pernah ke sahabat-sahabat terfikir seketika.. seandainya sahabatmu futur(tercicir) dalam perjuangan ini??.. dalam gelak ketawa kita , kita sering terlupa sahabat yang sedang bersedih.. apakah yang akan sahabat-sahabat rasa andai salah seorang dari saf kita rebah.. Dismiss !!..
Ukhwah itu akan pecah ibarat kaca.. apakah sahabat-sahabat akan mengutip kaca-kaca ini?? Dan cantumkanya kembali walaupun tangan antum terluka?? Atau kita akan biarkan kaca itu pecah bertaburan tanpa terkesan apa-apa pun pada diri ini.. sedangkan Sahabatmu adalah Amanahmu..


“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang di jalanNya (membela agamaNya) dalam barisan yang teratur , mereka ibarat sebuah bangunan yang tersusun kukuh” – (As-Saff : 4)


Kita berdakwah hendaklah di dalam satu saff.. begitulah sahabat.. saling nasihat-menasihati , tegur menegur , lengkap-melengkapi.. seandainya sahabat kita hampir rebah di dalam saff.. adakah kita akan melihat?? Atau kita bergegas mendakapnya , memeluknya atau sekurang-kurang memegang menyambut tangannya sebelum dia rebah.. dibaratkan sebuah masjid mempunyai 10 tiang.. jika satu tiang retak dan hampir roboh , maka lagi 9 tiang akan memastikan masjid itu terus kukuh..

Kita tidak boleh hanya bergantung kepada CEO syarikat untuk memerhati tingkahlaku anak-anak buahnya (perumpamaan).. sebaliknya memerhatikan sahabat lain juga merupakan tugas kita bersama.. Adakah sahabat kita ini memendam masalah?? Kita harus “alert ”.. Setiap manusia itu mempunyai masalah.. mustahil bagi seorang manusia tidak punyai masalah. Tapi siapa yang tahu?? Allah.. Allah S.W.T…….. lihatlah pada muka sahabat-sahabatmu , disebalik senyuman terdapat lagi satu muka yang mungkin menangis.. berlinangan air mata sahabat itu ibarat air mata kita sendiri.. setiap setitis air mata sahabat itu adalah mutiara keikhlasan dia ingin bersama-sama dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan dan saff ini.. seandainya dia futur , walaupun pun bukan kehendaknya.. apakah tindakan sahabat-sahabat??

Hari ini hati-hati kita telah disatukan oleh Allah S.W.T.. Jika bukan dengan kehendakNya tak mungkin “aku mengenali kau” , “ana mengenali antum” inilah takdir.. Allah telah satukan hati-hati ini untuk berjuang menyebarkan syi’ar Islam.. sememangnya kita tidak layak , tetapi siapalah lagi yang ingin menanggung dakwah ini jika bukan kita..


“barang siapa yang mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah maka sesungguhnya hal itu menimbulkan ketaqwaan dari hati” – (Al-Hajj : 32)


Hati-hati kita telah disatukan oleh Allah , pertemuan kita atas takdir Allah S.W.T.. Subhanallah.. kita tidak mungkin akan bertemu seandainya takdir tidak mengizinkan.. walaupun dengan  kuasa (jawatan) atau harta wang ringgit…


“dan Dia (Allah) yang menyatu-padukan di antara hati-hati mereka (yang beriman itu) , kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi ini , nescaya engkau tidak dapat menyatukan-padukan di antara hati mereka , akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia maha kuasa dan Maha bijaksana” – (Al-Anfal : 63)

“Banyak lagi yang nak ditaip kalau ikutkan hati.. tapi takpe cukup la smpai sini dulu..” :)

Jadi tanyalah diri sahabat-sahabat semua apakah itu erti persahabatan.. adakah cukup dengan apa yang kita telah buat pada sahabat kita.. adakah kita benar-benar “alert ” dengan sahabat kita.. andai sahabat kita tercicir , apakah tindakan sahabat?? Ambil masa…
Tepuk dada Tanya diri..  "Sahabatmu adalah Amanahmu"


Sahabatmu,
-Hasmin Al-Amin
 (15.34 pm , khamis , 25 Ogos 2011)

Sunday, 27 November 2011

Penulisan Dakwah : AL-QURAN KALAMULLAH

AL-QURAN KALAMULLAH

Ramadhan telah melakar sejarah-sejarah penting di dalam zaman kebangkitan Islam. Pada bulan mulia ini Islam telah mencapai saat gemilang apabila Islam memenangi perang Badar. Kegemilangan itu terus dikecapi apabila berlakunya peristiwa pembukaan kota Mekah.Namun terdapat satu lagi peristiwa yang sangat agung di dalam sejarah manusia seluruh dunia.Sebuah peristiwa yang mengubah kehidupan umat Islam. Tanggal 17 Ramadhan , Al-Quran telah diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W untuk disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah Huda (petunjuk) dan pembeza (furqan). Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat:185

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)”

Malah Al-Quran juga membuktikan tentang kewujudan Allah S.W.T dan sekaligus mengiktiraf kerasulan nabi S.A.W. Tugas Rasulullah S.A.W menjadi sangat berat apabila wahyu pertama diturunkan kepadanya.. SubhanaAllah!! tidak tertanggung tanggungjawab itu kepada manusia seperti kita. Tugas menyampaikan wahyu bukan sahaja untuk dirinya tetapi kepada umatnya jelas membuktikan bahawa Rasulullah S.A.W seorang yang sangat penyabar dalam menyebarkan Islam.

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (nabi Muhammad S.A.W) yang telah menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu,dan dia sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman” - (At-Taubah:128)

Penurunan ayat-ayat suci Al-Quran melalui dua peringkat. Pertama dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah kemudian ke langit dunia sekaligus. Dari langit dunia kepada nabi S.A.W secara mutawattir (beransur-ansur).Sebagai muslim, umat Islam wajib beramal dengan Kitab Al-Quran kerana Al-Quran merupakan petunjuk dalam kehidupan manusia.Di dalam Al-Quran sendiri terdapat banyak kisah yang menceritakan tentang mukjizat Rasulullah S.A.W ini iaitu Al-Quran.

"kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa" - (Al-Baqarah:2)

"wahai orang-orang beriman, tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad S.A.W) dan juga kepada kitab-kitab suci yang diturunkan dahulu daripada itu sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang sangat jauh" - (An-Nisa':136)

"bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah solat (dgn tekun) sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah)Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan" - (Al-Ankabut:45)

banyak lagi yang diceritakan di dalam Al-Quran tentang kemuliaannya serta kekuasaan Allah S.W.T serta cerita tentang manusia terdahulu. kalau ana hendak menulis semuanya takut "boring " plak antum nak baca. :)

Al-Quran merupakan mukjizat Rasulullah S.A.W yang memberitahu tentang kisah terdahulu , kisah sekarang dan kisah masa depan.

Di dalam surah Al-Ankabut:45 jelas menyatakan "…mengingati Allah itu lebih besar (faedah dan kesannya)..".jadi dalam bulan mulia ini dengan mengerjakan amalan sunat mendapat pahala seperti amalan wajib dan amalan wajib itu mendapat pahala tanpa batas (pahala diberi mengikut kehendak Allah). Melalui amalan-amalan sunat dan wajib ini kita akan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.. Allah berfirman:

"dan bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhankamu dan (mendapat) syurga yang bidang luasnya segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa"
 - (Ali-Imran:133)

“..orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : wahai Tuhan kami, tidaklah Kau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari azab Neraka”
(Ali-Imran:191)


Turunya Al-Quran pada malam Qadr. Peristiwa bersejarah itu telah telah diberitahu oleh Rasulullah S.A.W berlakunya pada sepuluh malam terakhir. Hadith ini telah dirakamkan oleh sahabat Baginda S.A.W:

Dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: “Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.” - (H.R Muslim)

Kita merupakan umat Rasulullah S.A.W iaitu umat di akhir zaman yang mempunyai jangka hayat umur yang pendek. Jadi masa untuk beribadat kepada Allah itu sangat pendek. Oleh itu, Rasulullah S.A.W menyuruh kita agar berusaha untuk mencari Lailatul Qadr.

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” -
(H.R Bukhari)

Penurunan Al-Quran pada malam Qadr telah dibuktikan oleh Kitab Al-Quran di dalam surah Al-Qadr. Dan apa yang istimewanya malam Qadr ini?? Pada malam itu adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Beribadat pada malam itu seolah-olah beribadat selama seribu bulan.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Qadr” - (Al-Qadr:1)

“Dan apa jalannya engkau mengetahui apa dia kebesaran malam Qadr itu?” – (Al-Qadr:2)

“Malam Qadr itu lebih baik dari seribu bulan” – (Al-Qadr:3)

Al-Quran adalah sebaik-baik petunjuk. Sebagai Umat Islam ambillah, Al-Quran sebagai sahabat yang paling rapat dengan kita kerana Al-Quran adalah pembeza antara Haq dan Bathil dalam soal kehidupan kita ini. Bagi mereka yang beragama Islam tetapi tidak mengikut syariat yang telah Allah tetapkan, maka mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang derhaka, sedang sudah jelas Allah menurunkan ayat-ayat suci-Nya memberi peringatan.

"dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum, surah-surah dan tegah) dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa" - (An-Nur:34)

"Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti) dan Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinNya ke jalan yang lurus" - (An-Nur:46)

-Hasmin Al-Amin
( 23:26PM , Sabtu , 21 Ogos 2011 )