Friday 31 May 2013

Penulisan Dakwah : Anugerah Pelakon Terbaik


BISMILAHIRAHMANIRAH

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang , segala puji bagi Tuhan sekelian alam .
 selawat ke atas junjungan Baginda Rasulullah S.A.W
sesungguhnya Dunia ini tidak lain melainkan tempat persinggahan sementara ke atas manusia. Dunia ibarat pentas lakonan bagi manusia. Ianya ibarat sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Allah S.W.T bagi melihat siapakah manusia paling bersyukur , paling beriman , paling bertaqwa dan paling terbaik akhlaknya. 

Andai ianya sebuah pertandingan sudah tentulah pemenang utamanya Baginda S.A.W. Namun kita masih berkelayakkan untuk menang di dalam Anugerah ini.. Dengan cara apa??.. Of course!! cara paling cool adalah dengan menghayati Islam sepenuhnya dengan hati dan jiwa. Melalui tarbiyyah , amal , akhlak dan ketaatan serta kecintaan kepada Allah dan Rasul. 

"(ingatlah) kehidupan di dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman dan juga bertaqwa , Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya)" - (Muhammad : 36) 

"Dan (ingatlah) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahan , jika dinilai dengan kehidupan di akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat adalah kehidupan yang sebenar-benarnya ; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak melupakan hari akhirat)." - (Al-Ankabut : 64)

Pertandingan , permainan dan hiburan ini menawarkan sebuah hadiah yang sangat super lumayan.. lumayan daripada Anugerah Bintang Popular yang menang beribu-ribu ringgit dan sebuah kereta mewah yang bewarna merah bergaya ala-ala Ferari tuh... lebih dasyat lagi daripada Anugerah Juara Lagu yang tak nak kalah dengan trophy yang berat dan mahal serta wang tunai beribu-ribu ringgit..  Lebih best bila mereka yang menang turut menjadi popular dan terkenal....

Tetapi ketahuilah , bahawa , pertandingan , permainan dan hiburan yang Allah S.W.T anjurkan ini lebih cooollll , power , superpower , super saiya dan segala superrrr !! lebih pada segala anugerah di dunia ini.. Hadiahnya adalah Syurga yang indah yang tidak pernah dilihat di dunia.. bahkan mereka yang layak akan mendapat jiwa yang tenang dan aman. 

"Hai Jibril, pergi dan lihatlah surga." Maka Jibril pergi dan melihatnya. Kemudian ia datang dan berkata: “Demi keagungan-Mu ya Rabb, sungguh aku risau tidak seorang pun yang berjaya memasukinya.”"Hai Jibril, pergi dan lihatlah neraka." Maka Jibril pergi dan melihatnya. Kemudian ia datang dan berkata: "Demi keagungan-Mu ya Rabb, sungguh aku risau tidak akan ada orang yang bakal terlepas dari api neraka." (HR Abu Daud)

Jadi untuk menjadi pemenang anugerah ini , haruslah kita mengamalkan islam secara total.. bukan ambil juzuk-juzuk tertentu sahaja. Ingatlah Dunia ini sekadar tempat persingahan sementara , akhirat jualah yang kekal abadi.

Anda sudah pun tersenarai dalam carta pelakon terbaik , tetapi adakah anda akan memenanginya?? hurmmm.... Allah S.W.T masih menawarkan tawaran yang hebat ini kepada anda.. jangan tunggu lagi untuk berbuat kebaikan.. Kita tidak fames masa di dunia , tetapi kita fames di akhirat nanti dan nama kita sentiasa di sebut-sebut oleh penduduk langit..

TAWARAN MASIH TERBUKA SELAGI ANDA MASIH BERNAFAS !!!
TAWARAN MASIH TERBUKA SELAGI ANDA MASIH BERNAFAS !!!

Apabila nyawa sudah terpisah dari jasad , anda hanya tinggal untuk tunggu hari anugerah sahaja.. kecuali dengan doa waris yang soleh , sedeqah jariah dan ilmu yang berpanjangan.. 

JOM JADI SUPER COOL + SUPER SAIYA dengan kemenangan sejati di akhirat nanti !!


Make sure you grab at least 1 trophy of Jannah keyh~.. 

Hasmin Al-Amin
1 JUN 2013
2.14AM    Sabtu

Sunday 19 May 2013

Penulisan Dakwah : Usrah Asas Pembentukan Individu Islam

Bismillahirahmanirahim



Alhamdulillah.. Hari ini Allah S.W.T menggerakkan hati ini untuk menulis Penulisan Dakwah yang sekian lama tertangguh atas kesibukkan mengejar kemahiran dunia berbanding ilmu di akhirat. Allahurabbi.. Usaha dakwah ini seharusnya diteruskan walaupun sibuk di dunia , kita harus sibukkan diri untuk akhirat juga. 

Kelihatan hari ini lebih cerah langit , melihat senyuman adik-adik usrah ketika bertemu saya , saya merasakan cukup gembira apabila bertemu dengan mereka. Sama-sama berjalan menuntut dan mencari Ilmu Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Luas ilmu NYA...


"Abang , kenapa kita kena  join  usrah? Penting ke?"

"Ah ! , saya pernah ikut usrah semasa zaman sekolah dulu , bosan jee.. tak nampak kegunaannya sekarang."

Senyum melihat gelagat adik-adik , saya melihat wajah adik-adik yang berbagai raut wajah. Ada 4 orang semuanya.. seorang pemalu , seorang berani , seorang pendiam , seorang suka bergurau..

tetapi alhamdulillah , Allah S.W.T gerakkan hati mereka bersama-sama saya di dalam usrah.

Saya mulakan perkongsian dengan asal usul usrah.. adik-adik mula melihat wajah saya dan fokus~

*********

USRAH BERMULA SEJAK ZAMAN BAGINDA S.A.W

Usrah bermula sejak dari zaman Rasulullah S.A.W. Pada ketika itu Islam sangat sedikit dan lemah. Bilangan umat islam pada ketika itu lebih kurang 30 orang. Bagi memastikan islam terus tersebar , gerakan menyebarkan islam pada ketika itu dijalankan secara "SIR" iaitu rahsia dan "HAZAR" iaitu berjaga-jaga. Amatlah sukar pada ketika itu , para sahabat-sahabat terpaksa bergerak pada waktu tengah malam agar tidak dapat dikesan oleh kafir Quraisy yang mengamalkan agama nenek moyang menyembah berhala. Sedangkan Islam mengamalkan agama wahyu , iaitu beriman dan bertaqwa kepada Allah yang ESA.

Rasulullah S.A.W merancang untuk bertemu dengan semua sahabatnya. Tetapi tidak tahu di mana harus berkumpul dan selamat dari pandangan kafir quraisy. Lalu , seorang sahabat telah menawarkan rumahnya , dia adalah Abu Abdillah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam. Rumahnya berlokasi di bukit Safa , di tempat inilah para pengikut Muhammad belajar tentang islam. Sebelumnya rumah Al-Arqam ini disebut Dar Al-Arqam (rumah Al-Arqam) tetapi setelah dia memeluk islam ianya disebut Dar Al-Islam (rumah Islam). Dari rumah inilah madrasah pertama umat islam belajar tentang ilmu islam. Usrah dijalankan dan Naqibnya adalah Nabi Muhammad S.A.W.

USRAH INSTITUSI PENYEBARAN ISLAM MENGIKUT SUNNAH

Usrah terus tersebar walaupun selepas kewafatan baginda Muhammad S.A.W. Tersebar dan diteruskan oleh para sahabat , sehingga zaman khilafah ar-rasyiddin. Malah usrah terus tersebar sehingga zaman Turki Uthmaniyyah. Zaman kegemilangan Islam pada ketika usrah dijalankan sangat hebat.. Sehingga digeruni oleh pihak musuh dari barat , timur , utara dan selatan.

Sehingga seorang pengkhianat , Mustafa Kamel Attartuk , yang inginkan kuasa telah menjadi pengkhianat atas arahan british pada ketika itu , Mustafa Kamel Attartuk telah berpakat untuk meruntuh sistem khilafah. Apabila musnahnya sistem khilafah ini maka gerakan islam telah diharamkan , tiada lagi usrah , tiada lagi ukhwah. 'Racism' mula dipraktikkan dan tiada lagi perjuangan Islam melainkan perjuangan bangsa masing-masing.

IKHWANUL MUSLIMIN , MEMPERJUANGANKAN SYARIAT DAN AGAMA ALLAH

Beberapa tahun islam mula berpecah belah. Perjuangkan bangsa. Namun dalam kesibukkan memperjuangkan bangsa masing-masing , telah lahir insan bernama Hasan Al-Banna. Latar belakang keluarganya adalah islamik. Bapanya seorang ulama' , manakala imam Hasan Al-Banna pula sekadar seorang guru bahasa arab pada ketika itu. Namun didikan bapanya kepada adik-beradik Al-Banna , telah menyebabkan cinta keluarga ini kepada Islam sangat tinggi.

Melihat kepada berpecahnya umat islam , imam Hasan Al-Banna mula bernekad untuk  mewujudkan kembali khilafah islamiyyah bagi menyatukan umat islam kembali. Bagi memastikan khilafah islamiyyah dan Syariat Allah tertegak di bumi Allah. Maka dengan itu , Imam Hasan Al-Banna mewujudkan kembali sistem Usrah dan dijalankan seperti zaman Baginda S.A.W. Imam Hasan Al-Banna bersama adik-beradiknya bergerak dalam keadaan SIR dan HAZAR. Pada suatu malam Imam Hasan Al-Banna bersama para sahabat dan adik-beradiknya yang cintakan islam telah berbaiah kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Mereka berbaiah untuk meperjuangkan islam dan menyambung rantai perjuangan baginda S.A.W. Maka pada malam itu terbentuknya gerakan Islam bernama ikhwanul Muslimin.

HILANG PATAH , TUMBUH BERGANTI. 
AKIBAT SEBIJI BENIH GUGUR KE TANAH , TUMBUH POHON YANG BESAR.

Ikhwanul muslimin semakin hebat. pengaruhnya semakin besar. Hal ini menyebabkan kerajaan gerun pada ketika itu melihat gerakan islam ini mula menjadi tumpuan masyarakat. Pihak kerajaan pada ketika itu sangat takut ikhwanul muslimin dalam menumbangkan kerajaan. Lalu mereka telah memboikot gerakan ikhwanul muslimin.

Akibat gerakan Ikhwanul Muslimin semakin hebat di bawah pimpinan Imam Hasan Al-Banna pada ketika itu , pihak kerajaan telah merancang untuk membunuh Imam Hasan Al-Banna. 

Pada suatu malam , Imam Hasan Al-Banna bersama abang iparnya baru sahaja pulang dan ingin menahan teksi. Apabila teksi berhenti , imam Hasan Al-Banna ditembak sebanyak 7 das tembakkan di tubuhnya. Lalu dia terbaring kerana ditembak bertubi-tubi sehingga 7 kali. Namun Imam Hasan Al-Banna tidak gugur , dia masih dipinjamkan oleh Allah sedikit kekuatan untuk bangun bersama abang iparnya. Dengan darah yang mengalir , Imam Hasan Al-Banna masih mampu berjalan ke hospital untuk dirawat. Namun semakin sedih apabila hospital itu memboikot Imam Hasan Al-Banna atas arahan kerajaan. Mereka tidak mahu merawat Imam Hasan Al-Banna. Akibat hilang terlalu banyak darah , Imam Hasan Al-Banna telah syahid pada malam itu.. Allahuakbar...

Kematian Imam Hasan Al-Banna telah menjadi tumpuan masyarakat. Akibat dibunuh , rakyat mula sedar dan bangkit. Bangkit menentang kerajaan yang memerintah pada ketika itu.. Akibat seorang pimpinan gugur , telah menyebabkan rakyat yang ramai bangkit inlah yang dikatakan akibat sebiji benih gugur ke tanah , tumbuh pohon yang besar.


*********

selesai berkongsi , saya tersenyum melihat adik-adik usrah..

"eh ! kenapa??"

mereka mula menundukkan pandangan... sedih mendengar kisah ini. ada yang berair matanya mendengar kisah seorang pejuang syahid ditembak.

hari ini mereka akhirnya tahu asal-usul usrah.. 

"adik-adik , usrah itu mempunyai matlamat , bukan untuk suka-suka. Kita berkumpul pada hari ini kerana Islam , atas arahan dan ketaatan kepada Allah Azza Wajalla. Syariat Allah wajib ditegakkan , islam wajib dinobatkan."


Individu yang mengamalkan nilai-nilai islam (Fardhul Muslim)
Keluarga yang mengamalkan nilai-nilai islam (Baitul Muslim)
Masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai islam (Mujtama' Muslim)
Negara yang mengamalkan nilai-nilai islam (Daulah Islamiah)
Setiap negara mengamalkan nilai-nilai islam , seterusya seluruh Dunia 
mengamalkan nilai-nilai  , konsep-konsep dan hukum-hakam islam 
(Ustaziatul Alam)


Jika kita selaku individu sendiri tidak mengamalkan apa yang dituntut oleh Allah dan Rasulullah S.A.Wvseperti yang tersurat di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Bolehkah kita mendapatkan sebuah keluarga yang sa'adah? persekitaran yang sihat dan makmur? , apatah lagi seterusnya..


Tepuk dada jangan tanya selera , kerana selera itu nafsu , tetapi tanyalah iman..

so...!! tepuk dada tanya iman keyh~


Hasmin Al-Amin
20 May 2013
Isnin      1.12PM