Monday 29 July 2013

Penulisan Dakwah : Di Mana Hafiz???


Bilal terpinga-pinga... lihat kiri dan kanan.. timbul kerisauan di raut wajahnya..

"macamana ni??" 

Bilal kemudian melihat jam di tangannya.. sesekali dia menghantarkan pandangannya di muka pintu masjid..
masih belum kelihatan kelibat atau kehadiran Hafiz..

"Dia masih belum sampai ni.. nak buat macamana ni.. makmum da ramai daa.. Jamal , kau boleh??"

"eh...  tak boleh laa.. aku ni , tak layak laa.. Ustaz Ramli tak boleh ke?? ustaz kan ustaz , mesti boleh.."

"maaf la.. saya ni baru je grad.. lagipun masa belajar dulu saya ambil 'course' lain.."

AJK masjid saling menolak untuk menjadi IMAM untuk solat Tarawih pada malam itu.. sehingga hampir pukul 9.00 malam.. saya duduk di saff hadapan terdengar-dengar perbualan AJK masjid itu.. siapa nak jadi Imam?? Siapa yang lebih layak??.. banyak alasan masing-masing berikan...

Namun saya tidak menyalahkan sesiapa , saya tidak menyalahkan Imam masjid yang tidak hadir , saya tidak menyalahkan bilal yang sudah berumur , saya tidak menyalahkan AJK-AJK mahupun makmum yang lain.. Siapa yang bersalah??? Saya menyalahkan diri sendiri.. mendengar perbualan AJK-AJK itu , membuatkan saya rasa bersalah.. siapa nak jadi Imam Tarawih malam tu.. kenapa bukan saya , dia dan kamu?? kerana semua berasa segan dan malu , Al-Quran tidak berada di dalam hati dan Jiwa sebagai seorang mukmin yang sepatutnya kita hadam dan hafal segala isi Al-Quran.. Peristiwa ini benar-benar berlaku.. Lalu saya nukilkan " Di Mana Hafiz (Al-Hafiz) ??"

****

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.. Segala puji bagi Allah , yang memberikan kesempatan untuk terus mengarang melalui apa yang dialalui oleh pengarang penulisan dakwah.. Al-Quran , sepatutnya menjadi panduan dan juga syafaat serta keterangan dulu , kini dan selamanya~

“Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah & kitab yang memberikan keterangan yang sangat jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, & (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang dari gelap-gulita kepada cahaya yang terang-benderang dgn seizin-Nya & menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (Al-Maidah:15-16)

Melihat kepada peristiwa di atas , telah mengetuk pintu hati saya untuk menyimpan satu matlamat untuk menjadi Al-Hafiz Al-Quran.. bagaimana dengan para pembaca?? tidak mahukah menyimpan cita-cita untuk menjadi Hafiz atau Hafizah??.. Siapa yang nak ajar anak-anak kita nanti?? hantar sahaja pada guru lain untuk mengajar.. boleh.. tetapi kan lebih afdal seandai anak-anak itu ditarbiyyah oleh si ayah atau si ibu..Anak-anak akan mencontohi ibu dan bapanya.. Seandainya ibu dan ayah masih tergagap membaca Al-Quran , Allah.. malu la sangat dengan anak-anak.. 

Sepatutnya sebagai orang islam , kita menghafal segala isi Al-Quran dan makhraj nya.. Sehingga hari ini , negeri Barat lebih berjaya kerana kebanyakkan mereka mengkaji tentang Al-Quran , bahkan ada di antara mereka yang sudahpun menghafal Al-Quran sedangkan mereka beragama kristian.. Sangatlah rugi dan malu , kita yang islam tidak menghafalnya.. bahkan lebih teruk tidak membaca , menghayati dan tidak beriman dengannya. 

TAK DE MASA!!
        
        PENAT , BARU BALIK KERJA!!

                               ASSIGNMENT BANYAK !!!
                                              
                                           DA KATHAM BANYAK KALI!!!

Memang banyak alasan bagi mereka yang merasakan membaca atau menghafal Al-Quran membuang masa.. Tetapi fahamilah bahawa mengaji Al-Quran itu lebih mudah dari mengaji Matematik dan Biologi mahupun Accounting or even Science.. kerana Al-Quran itu adalah fitrah manusia yang Allah jadikan.. Oleh kerana itu Allah memudahkan ianya dihafal. Percaya atau tidak nak menghafal satu muka Al-Quran lebih singkat dari menghafal satu muka buku biologi , sains dan marketing.. Kerana ianya fitrah manusia.. jadi tidak mustahil orang kristian , yahudi dan budha mampu menghafal Al-Quran..

Kelebihan yang Allah berikan kepada Al-Hafiz/ah adalah rezeki yang berpanjangan.. insyaAllah , sentiasa ada sahaja rezeki dari Allah.. Belum pernah lagi kita mendengar Al-Hafiz minta sedekah.. Hafizah mati kelaparan.. bahkan kita mendengar perkara-perkara yang baik-baik dari Al-Hafiz.. Pondok Tahfiz terbakar , tetapi hati mangsa tidak rentung atau disentuh api malah bersih suci merah.. seorang lelaki (Hafiz) meninggal dunia , tetapi otaknya masih berfungsi dan berdegup.. hebatkan.... Allah peliharakan mereka ini kerana mereka menghafal ayat-ayat dari Allah. Tidak mahukah kita mati di dalam husnul khatimah (pengakhiran yang baik).. Allahurabbi...


Selain itu juga Allah berikan kelebihan kepada Al-Hafiz/ah , mudah menghafal , mudah belajar apa yang dipelajari.. katakan apa sahaja subjek.. insyaAllah , mudah bagi mereka.. inilah kelebihan mereka , Allah permudahkan segala urusan mereka.. 

Di akhirat nanti , mereka yang menghafal Al-Quran akan diberikan kelebihan untuk memberi syafaat kepada Ahli keluarganya , bukan itu sahaja , bahkan akan mendapat syafaat dari Al-Quran.. Best kan..

JOM JADI PENGHAFAL AL-QURAN...

Berdoalah agar Allah berikan kesempatan kepada kita menjadi Al-Hafiz sebelum menjadi Imam dalam sesebuah keluarga , Hafizah sebelum kita bergelar ibu ,  mahupun sebelum kita dijemput oleh Allah ke Rahmatullah.. Di mana Al-Hafiz?? soalan itu ditujukan kepada anda si pembaca.. sepatutnya andalah Al-Hafiz/ah itu..



PENULISAN DAKWAH :
Hasmin Al-Amin

29 Julai 2013 , 20 Ramadhan
6.19 pm ,Isnin

No comments:

Post a Comment