Friday 6 September 2013

Penulisan Dakwah : Murabbi Sepanjang Zaman.. Nota Usrah buat Naqib/ah

Umaiyyah Bin Khalaf terus memukulnya dengan cemeti...

Dia tidak melawan.. sebaliknya terus diam.. senyap.. dia memejapkan mata menahan kesakitan...

"Siapa Muhammad??" , pekik si Umaiyyah Bin Khalaf , berang dengan hambanya itu..

Para pembesar mekah pada ketika itu melihat sambil tersenyum angkuh.. senyum sinis terukir di bibir mereka..

"Siapa Muhammad??"... Umaiyyah Bin Khalaf terus menanyakan soalan yang sama.. sebenarnya di sudut hatinya ingin hambanya itu mencaci Nabi Muhammad.. 

Namun si hamba tidak mahu mencaci baginda dan tidak mahu pula menjawab soalan Umaiyyah Bin Khalaf itu.. 

Umaiyyah Bin Khalaf naik berang.. terus... ditanggalkan baju si hamba.. lalu memakaikan dia dengan baju besi dan jemurkan dia di terik padang pasir... lalu diupahkan orang untuk mengheret si hamba ke seluruh kawasan kota Mekah..

Lalu , dihempapkan Batu ke atas badannya.... si hamba tidak melawan.. lalu dia terus dipukul dan di seksa.. Si hamba tidak tahu banyak perkara tentang Islam... Dia baru sahaja memeluk islam... Tetapi setiapkali disebat... kata si hamba " Esa !!... Allah Maha Esa!!... Esa!!.. Esa!! ".. Ahad.. Ahad...........

Dia , Bilal Bin Rabah.. sahabat nabi S.A.W... tidak banyak yang dia tahu tentang islam pada ketika dia diseksa.. namun apakah yang menyebabkan dia yakin pada Allah dan RasulNya???

Hanya berbekalkan kalimah syahadah yang diajarkan Rasulullah S.A.W sahaja , dia mampu mengharungi setiap ujian dari Allah S.W.T..

****

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. 

Selawat ke atas junjungan Baginda S.A.W..
Salam kepada para sahabat dan keluarga Baginda S.A.W..
Salam kepada para alim ulama' dan juga para ustaz-ustaz serta sahabat-sahabat seperjuangan..

Segala puji bagi Allah.. Dialah yang mengilhamkan penulisan ini.. setiap gerakan jari di atas 'keyboard' ini tidak lain melainkan dengan kehendak Nya.. Pengarang Penulisan Dakwah mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian membaca blog ini.. janganlah dilihat kepada siapa penulisnya.. kerana penulisnya bukanlah orang terkenal , bukan juga alim ulama' ataupun ustaz.. tetapi sekadar insan biasa yang masih bertatih dalam medan dakwah.. Maka lihatlah kepada isi penulisannya... Semoga Bermanfaat...

Rasulullah S.A.W berdakwah menyebarkan kalimah syahadah selama 13 tahun di kota Mekah.. 13 Tahun.. hanya kalimah ini... tetapi hanya dengan kalimah ini sahaja mampu melahirkan insan-insan yang hebat.. Abu Bakr As-Siddiq , Bilal Bin Rabah , Khadijah Binti Khuwailid , Ali Bin Abi Talib , Sumayyah , Ammar Bin Yasir serta beberapa sahabat lain... Apa rahsianya???  bagaimana??

Kita hari ini walaupun sudah mengucap kalimah syahadah , tetapi apabila dikecam oleh musuh-musuh islam , kita sudah mula takut dan lebih teruk lagi ada yang sanggup murtad tinggalkan islam kerana takutkan mati.. apakah ini kerana salah dan silap tarbiyyah?? mengapa para sahabat sangat hebat sedangkan mereka hanya tahu kalimah ini??? 

Kerana Naqib para sahabat adalah MURABBI SEPANJANG ZAMAN... Nabi Muhammad S.A.W.. 


Kekuatan Aqidah dan Keteguhan Iman
Tarbiyyah Rasulullah S.A.W kepada para sahabat sangat berkesan.. sehinggakan para sahabat pasakkan keteguhan aqidah dan iman.. setiap kata mutiara yang dikeluarkan oleh baginda menjadi pedoman para sahabat sehinggakan Allah S.W.T menjanjikan syurga kepada mereka..

Usaha Baginda S.A.W dalam memastikan keteguhan iman dan kemantapan aqidah ini dijalankan dengan teguh dan tegar.. menolak rasa penat dan putus asa.. hasil usaha yang gigih itu melahirkan insan-insan yang meletakkan dirinya sebagai hamba Allah S.W.T.. yang hidup dan matinya hanya kerana Allah...

Mereka tidak berbelah bagi dalam soal hukum hakam , halal haram.. Taat kepada Allah dan Rasul , mereka sanggup bersusah di dunia demi kesenangan di akhirat.. Kekuatan Aqidah dan Keteguhan iman inilah yang menyebabkan mereka hebat di jalan Allah ini..


Kata dan Akhlak
Baginda Nabi S.A.W sangat berakhlak mulia... sehinggakan akhlak baginda diiktiraf oleh Allah S.W.T.. jika kita belajar ijazah serjana muda , kita akan mendapat sijil ijazah sebagai tanda kita sudahpun menamatkan pengajian di dalam ijazah.. Begitu juga Rasulullah S.A.W , akhlak baginda telah mendapat ijazah kelas satu yang sijil ijazahnya adalah Al-Quran.. 

"sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah" - (Al-Ahzab :21)

Apa yang paling penting adalah Rasulullah S.A.W mengotakan apa yang baginda katakan.. tidak sesekali baginda melanggar apa yang baginda katakan.. Maka dari situ datangnya thiqah para sahabat.. 

"wahai orang-orang beriman mengapa kamu tidak mengerjakan tentang apa yang kamu katakan?"

"sangat besar kebenciannya di sisi Allah kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan"
- (As-Saff : 2&3)

Apa yang Baginda Rasulullah S.A.W katakan , baginda akan amalkan...

Kasih Sayang sesama Mukmin
Bersikap lemah lembut dan kasih sayang sesama mukmin.. Baginda Rasulullah sangat lembut orangnya.. sentuhan baginda mampu melemutkan kekerasan sebuah batu.. sehinggakan setiap batu tempat baginda bersandar akan berlekuk mengikut bentuk badan baginda bagi memberikan keselesaan kepada baginda.. ini mukjizat Allah kepada Baginda...

Tarbiyyah Rasulullah S.A.W kepada para sahabat sehinggakan para sahabat menjadi penolong dan pelindung di antara satu sama lain.. Kasih sayang yang diajarkan baginda kepada sahabat sehinggakan para sahabat sanggup melebihkan sahabat yang lain.. inilah yang menguatkan umat islam.. inilah yang dibimbangkan oleh musuh-musuh islam.. apabila sampai satu tahap ukhwah saudara seislam melebihkan sahabat mereka dari diri mereka sendiri.. 

Kasih sayang ini mestilah berdasarkan keimanan kepada Allah.. kerana Allah.. bukan nafsu atau dunia..

"Dia (Allah) yang telah menyatukan hati-hati mereka , sekiranya engkau membelanjakan kesemua apa yang ada di atas muka bumi ini , sesungguhnya engkau tidak dapat menyatukan hati-hati mereka akan tetapi Allah S.W.T telah menyatukan mereka , sesungguhnya Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana" - (Al-Anfal : 63)

Dakwah dan Jihad sebagai Sunnatullah Meraih Mardhatillah
Baginda Rasulullah S.A.W menjalani kehidupan sebagai seorang hamba dan khalifah Allah.. Dakwah dan Jihad sering sahaja menghiasi perjalanan hidup baginda.. Bagi memastikan islam terus tersebar , baginda sanggup mengorbankan banyak perkara.. inilah jihad yang baginda lakukan.. sehinggakan meninggalkan saudara-mara dan kampung halaman kerana dipulaukan.. namun wala' pada perintah Allah lebih baginda utamakan..

Di dalam perjuangan ini , kita tidak dijanjikan kesenangan dunia.. tetapi kita harus yakin dengan janji Allah.. pengorbanan yang kita lakukan pasti akan dibayar dengan ganjaran yang lumayan oleh Allah S.W.T.. Pengorbanan Masa , keseronokkan dan komitmen di dalam perjuangan sangat penting.. kerana di dalam islam bukan kuatiti yang kita kejarkan , tetapi kualiti.. ikhlas untuk Allah..

"jika islam ibarat rumah yang  hampir roboh , aku akan mengembara ke pelusok dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda , aku bukan mahukan bilangan mereka yang ramai , tetapi aku mahukan mereka yang benar-benar ikhlas dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Jika aku menjumpai mereka, akan kuubah Islam itu dari rumah usang tadi kepada sebuah bangunan yang cantik dan tersergam indah." - (As-Syahid Imam Hasan Al-Banna)

Abu Talib berkata kepada Rasulullah :
“Muhammad, sesungguhnya para pembesar Quraisy datang menemuiku, mereka mengatakan begini dan begitu kepadaku. Maka Muhammad, janganlah kau membebaniku dengan urusan yang tak sanggup kuatasi. Muhammad, aku meminta padamu agar kau berhenti berdakwah, jangan lagi kau sebarkan Islam ini.”

Sabda Baginda S.A.W :
"Demi Allah. Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku menghentikan dakwah ini, nescaya aku tidak akan menghentikan dakwah ini hingga Allah memenangkannya atau aku binasa.”

****

Masih banyak lagi cara Rasulullah mendidik para sahabat.. masih banyak yang hendak dikongsikan.. namun penulisan dakwah berhenti di sini dahulu.. andai ada peluang dan masa , insyaAllah penulisan dakwah akan kongsikan lagi..

NOTA USRAH BUAT NAQIB /AH...... semoga bermanfaat.. selamat beramal...








Hasmin Al-Amin
Penulisan Dakwah
4.04 am  Sabtu

No comments:

Post a Comment